Saturday 6 May 2017

ILMU YANG BERMANFAAT


Bismillah..
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadis Riwayat Imam Muslim)
..
Apakah ilmu yang dapat diambil manfaat?

Ilmu yang dapat diambil manfaat adalah ilmu yang telah diamalkan.
Bukan seperti, kita berkongsi tentang perkara baik yang perlu dilakukan, namun kita melakukan kejahatan di sebaliknya.
Semoga dijauhkan diri dan jiwa dari kekhilafan ini. 
..

Nabi s.a.w. sentiasa berdo’a kepada Allah memohon perlindungan dari ilmu yang tidak bermanfaat,
..
‘Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak puas, dan dari do’a yang tidak didengar”.

(Hadis Riwayat Muslim , At-Tirmidzi dan An Nasai dari hadis Zaid bin Arqam)
..

Wallahualam

Saladiwiyana Husin

Friday 5 May 2017

SENDIRI


SENDIRI BERDIRI DI ATAS DUA KAKI
TIADA YANG MENAMPUNG
TIADA YANG MENDOKONG
TIDAK PULA BERSANDAR

SENDIRI BERJALAN DI ATAS TITI
TIADA YANG MEMIMPIN
TIADA YANG MENUNJUK ARAH
YANG ADA DIRI SENDIRI DALAM PERHITUNGAN

NANTI KU HANYA SENDIRI
MEMBAWA BEKAL PELENGKAP DIRI
CUKUPKAH NANTI UNTUK MENGHADAPI
DOA AGARKU TERPILIH DI ANTARA YANG TERPILIH

KEMBALIKU PADAMU BERSENDIRIANLAH AKU
KUMOHON KAU AMPUNI SEGALA KESILAPANKU

PELIHARALAH AKU PERMOLEKAN DIRIKU
KU MAHU KEMBALI SETELAH MENGENALMU, ALLAH



Saladiwiyana Husin

Thursday 4 May 2017

JIWA SAKIT


Bismillah

KASIHAN ANAK KECIL YANG BELUM MENGERTI
KAU HENYAK DIA
KAU HEMPUK DIA
KAU TAK PEDULI SIAPA DIA
KAU KENAPA?

KAU MESTI RASA SAKIT BILA DICUBIT-CUBIT
TERSEPIT PINTU PUN ENGKAU MENJERIT
DIGIGIT SEMUT PUN ENGKAU MERENGEK
KAU KENAPA?

BEGINILAH
APABILA DIRI TIDAK MENGENAL DIRI
SEAKAN DIRI HIDUPNYA ABADI
DOAKU
KAU JUMPA JALAN KEMBALI
MENCARILAH DIRI DI DALAM DIRI

Saladiwiyana Husin

Kes penderaan anak-anak syurga yang semakin menjadi-jadi.
Jagalah amanah Allah ini. Semoga kita dijauhi dari bersikap tanpa peri, tiada rasa kasihan dalam hati yang hanya mahu kepuasan diri. 
Nauzubillahiminzalik




Wednesday 3 May 2017

SALAM PERKENALAN

Bismillahirrahmanirrahim

"Sahaja aku berkongsi ilmu di dalam lembaran blog maya ini hanya kerana Allah Taala"

Dengan izinNya maka aku bernafas, berdiri, bergerak untuk menulis di lembaran ini sedikit sebanyak ilmu serta perkongsian hidup yang diperolehi dari kehidupan yang sudah hampir 33 tahun.

Aku diberi nama Wan Saladiwiyana Binti Wan Husin dan dilahirkan di Felda Keratong 1, Pahang. Berekolah rendah di Sekolah Kebangsaan LKTP Keratong 1 dan menyambung pembelajaran di Sekolah Menengah Sains Selangor. Kemudian aku menerima Ijazah di Universiti Teknologi Petronas sebelum bekerja sebagai Jurutera di PETRONAS Kerteh selama hampir 8 tahun.

Sekarang aku usahawan yang suka berkongsi melalui tulisan dan kata-kata. Semoga sedikit yang dikongsi diperolehi oleh pembaca yang aku sayangi.

Dalam Ceritaku Ada Ceritamu, Dalam Ceritamu Ada Ceritaku

Salam Perkenalan
Salad Husin